Kuda.

Assalamualaikum.


Lihat makhluk Allah itu,
Gagah bukan?
Seksi,
Comel pun iye.
Ramai yang terpikat.
Terutama sang betina.

Ia seumpama harimau,
Tapi dalam keturunan jinak.
Selamat untuk disentuh.
Karut sungguh aku bermadah.
Jujur.

Idea tandus.
Itulah yang ingin ku katakan.
Sebenarnya.
Hanya sekadar untuk melepaskan bakat,
Yang lama terpendam.
Di sini.
Hanya di sini.

Aku dilahirkan campuran.
Bukan ingin dibanggakan.
Semua Allah cipta sama.
Cukup sifat.
Aku bersyukur!

Darah Cina dan Melayu,
Mengalir elok dalam tubuhku ini.
Dan kerana itulah ada dua perayaan yang disambut.
Kali ini,
Tahun Baru Cina.
Semuanya warna- warni.
Meriah!
Kujungan sanak saudara,
Rakan taulan,
Tak ubah seperti Aidilfitri.
Wahai.

Tahun ini,
Adalah tahun makhluk Allah yang seksi itu.
Yang macho dan gagah itu.
Wahaaaa.
Selamat Tahun Baru Cina!

Maaf, post kali ini agak tunggang langgang, idea touch and go.

Popular posts from this blog

Terkena.

Guilty.

Untitled.