Putik.
Assalamualaikum.
Nice.
Oh hai!
Blog kata, dia rindu aku.
Tapi aku tahu sandiwara dia,
Sebab badan dia dah penuh dengan sarang.
Padahal, baru je berapa hari kena tinggal.
Manja nau!
Rindu aku tak?
Ei, mestilah tak kan.
Haha, tanya sendili jawab pun sendili maa.
Fail! Jadi ahmoi jual sayur jap.
Kuatnyaa bebel aku ni kan.
Siapa yang kenal aku tahulah cemana kan.
Hu ha hu ha punya orang.
HOT je okay.
Meh sini aku nak cerita satu kisah.
Baru lama lain cerita.
Bukak telinga besaq bak ang hokey?
Bagus anak- anak. Dengar kata semuanya.
Selepas kejadian 'Peluang' tu,
Aku tertanya- tanya,
Kenapa dia cepat sangat tinggalkan aku.
Siang malam aku berendam air mata,
Tipulah kalau kau tak nangis kena tinggal dengan orang yang kau sayang kan.
Aku nangis.
Jujur, aku sedih.
Aku dah mula sayangkan dia,
Cuba nak ikut rentak dia.
Dalam pada masa yang sama,
Apa yang boleh, aku cakap boleh,
Apa yang tak boleh, aku straight to the point je.
Dia kecil hati?
Lantak!
Aku terus menyalahkan diri aku,
Sebab dia kata, aku tak boleh terima cara dia,
Okay fine.
Memang, hanya 'orang ekstrim' je yang boleh couple dengan dia.
Peh! Sumpah derr.. wa tak tipu.
Rempitz lagi.
Lepastu, aku cuba cari apa yang tak kena.
Apa yang salah,
Aku selalu berdoa pada Allah,
Bantu aku selesaikan persoalan ni.
Then, satu malam tu,
Mak aku ajak pergi makan sekali dengan kawan dia.
Memula, aku rasa berat sangat hati nak ikut,
Tapi memandangkan aku dah lapar gila,
Jadi aku ikut.
Dah sampai tempat makan tu,
Aku nampak macam dia,
Mak aku pun kata, 'ey girl, sedara kau.'
Aku pun 'adoiiiii, kenapa dia ada kat sini??!!!'
Aku dahlah dengan seluar pelikat aku, T-shirt, tudung glitter, memang tak boleh blah!
Selekeh siaa..
Dengan muka tebek campur senyum campur geram campur cool campur teperanjat tadi,
Maka jadilah ABC.
"Aku Budak Cool"
Wahai! Tak cool langsung sebenarnya.
Tapi, itulah jawapan yang Allah berikan.
Aku rasa bersyukur sangat.
Sangat! Wallahi.
Nak tahu apa yang aku nampak?
Jeng jeng jeng~
Aku nampak dia diapit oleh dua orang wanita,
Dengan muka dia yang agak cuak dan tak boleh blah serta gelabah,
Masa dia ternampak aku tu.
Aku takda hak nak buat apa kat dia,
Memang dia nak jenis cemtu kan,
So, go on and let it go.
Dan segala persoalan aku terjawab.
Syukur sangat!
Aku cakap kat diri aku, yang aku menyesal kenal kau, dan tak pernah menyesal kena tinggal dengan kau.
Tapi itu semua qada' dan qadar Allah,
Aku redha.
Semoga dia berubah, dan mendapat jodoh yang boleh bimbing dia elok- elok.
Dan sekarang,
Ni yang putiknya,A ah, memang sikit je.
Aku bahagia,
Nak tahu aku dengan siapa?
Dengan ex aku jugak.
Kitaorang ni gaduh baik gaduh baik,
Ada jodoh lettuw..
Ey! InshaAllah, amin ya Rabb!