Endah.
Assalamualaikum.
I'm just a stool to you tho.
Hai.
3:48 pagi,
Masih gagah- kononnya,
Taip entri lemau kali ini,
Yang akan menjadi bahan gelak untuk 10 tahun yang akan datang,
Yang akan menjadi isu, 'eh betul ke aku yang taip ni semua, macam tak caye je.'
Yang akan menjadi diari hingusan waktu zaman main pasir pada wanita yang berumur mungkin 28 tahun.
Sememangnya,
Kesemua entri ini tidak akan menjadi lemau bagi aku.
Sebab aku yang menjadi 'keyboard warrior' dalam dunia aku,
Tiada siapa yang menghakimi, malah mengadili setiap coretan aku.
InshaAllah tiada,
Kalau ada, serta ditambah dengan kemenyampahan,
Anda dengan segala hormat MOHON MELAWAT DUNIA LAIN.
Bukan ingin menghalau,
Bukan ingin mengherdik,
Cuma tidak mahu menambah dosa,
Dengan orang yang tak wujud- sebenarnya wujud,
Maksud aku,
Wujud dalam dunia aku.
Dunia si 17 tahun 8 bulan ni.
Okaylah,
Back to the topic.
Sesi muntahkan perasaan.
Hoho.
Jangan risau, muntah ini bersifat neutral,
Ia ghaib dan bukan cecair.
Siapa aku di hati kau?
Ikhlas ke idak kau mencintai aku?
Tak cukup ke hati yang aku dah bagi kat kau?
Berapa ramai lagi hati yang kau nak?
Kenapa kau perlu tulis 'aku perlukan cintamu' di status waksep kau?
Yah, aku seperti si tunggul yang bertempel dekat entri ni.
Si tunggul yang keseorangan,
Ditemani bayang- bayangnya yang hitam.
Hanya bayang- bayang itu menjadi peneman setianya,
Tiada makhluk yang datang menjadi peneman si bayang- bayang,
Ataupun membawanya keluar dari bilik gelap itu.
Tiada.
Ada macam takde.
Kau muncul,
Selepas itu hilang,
Bila kau kata kau rindu,
Aku rasa palsu,
Aku rasa macam kau terpaksa nak cakap camtu.
Tapi tak tahulah aku,
Malas aku nak fikir.
Bila aku hilang,
Mula mengasai.
Macam dah takde perempuan lain dalam dunia ni.
Kau cakap kat aku,
Kerana aku kau mati, hilang arah,
Kau cakap kat aku,
Kau tak boleh hidup tanpa aku,
Kau cakap kat aku,
Akulah perempuan terakhir dalam hidup kau,
Kau cakap kat aku,
Kalau aku tinggalkan kau, kau malas nak kahwin, malas nak cari perempuan lain, malas nak move on.
Okay, sekarang aku nak tanya kau,
Berapa ramai perempuan yang kau lafazkan perkara yang sama?
Berapa kali kau mati dan hilang arah kerana perempuan selain aku?
Berapa banyak terakhir perempuan dalam hidup kau?
Sejujurnya aku memang tak puas hati sebab kau tulis 'aku perlukan cintamu' tu,
Jujur.
Kau perlukan cinta siapa sebenarnya?
Aku? Dia? Dia? Ataupun si Senah? Si Limah?
Siapa?
Memang aku tak dapat nak bagi kat kau kasih sayang secukupnya,
Sebab kita ni macam balang kaca yang dah jatuh banyak kali.
Kau pun faham kan.
Tapi mungkin,
Kalau kau ditakdirkan menjadi boypreng sehidup semati aku,
Aku akan jaga kau elok- elok.
Kalau tidak,
Jangan kau mati dek kerana aku,
Carilah bunga yang segar selain aku,
Dan jadilah kumbang yang teguh menerima qada' dan qadar,
Jangan biarkan 'makhluk bertanduk' menguasai kau.
Kalau kau kata kau dah mula bosan dengan aku,
Aku tak kisah,
Tinggalkan aku.
Aku rela bersendiri.
Sebab aku rasa belum bersedia untuk menjalinkan hubungan.
Aku rasa belum matang,
Banyak lagi perkara yang harus aku hadap.
Bukan perkara kau sorang.
Kalau kau sayang aku,
Tunjukkan,
Lebih- lebih pun takpe,
Itu yang aku nak,
Aku taknak SEMUA benda aku yang mulakan,
Sekali- sekali takpe,
Ini tiap- tiap kali.
Aku tanya mak aku,
Macam mana nak putuskan hubungan,
Mak aku kata,
Diam je.
Pandai mak aku ni XD
::ahlan::
_CucuBeghaim : *