Lari.

Assalamualaikum.

The time is ruunningg outttt.

Lari sayang lari,
Larilah mengejar mimpimu.
Yang dari kecil menjadi idamanmu.
Semasa remaja menjadi igauanmu,
Dan semasa dewasa menjadi bayanganmu,
Dan kejarlah ia,
Biar tersemat,
Dengan erat sekali,
Di gengamanmu.

Lari sayang lari,
Larilah dari mimpi ngeri,
Yang setiap malam menghantui,
Yang setiap malam menganggu lena panjangmu,
Tiada noktah,
Tiada penghujung,
Tiada henti.

Lari sayang lari,
Larilah dari manusia hipokrit,
Manusia yang tidak pernah kenal erti *husnudzon,
Sentiasa dengan *suudzonnnya,
Manusia yang penuh dendam di hati,
Manusia gila,
Manusia biul,
Sedangkan orang gila pun waras.

Lari sayang lari,
Larilah sejauh mungkin,
Biarlah tiada siapa yang hirau,
Jangan ada yang cari.
Jangan ada yang tanya.
Diam.

Aku,
Kalau kau tanya aku nak lari dari apa,
Aku akan jawab,
Aku ingin lari dari mencintaimu,
Lari dari merinduimu dalam nafasku,
Lari dari menyayangimu dalam setiap hari- hariku,
Tapi aku sedar,
Aku tak boleh.

#WOTD: *husnudzon: bersangka baik ; *suudzon: bersangka buruk

::ahlan::
_CucuBeghaim : *

Popular posts from this blog

Terkena.

Guilty.

Untitled.