Brkh.
Assalamualaikum.
Geli.
Ini malam hari terakhir aku dirumah. Ah memang rasa tak puas sangat duk rumah. Siapa yang suka tinggalkan rumah kan?
Tadi aku pergi Johor. Melawat orang meninggal. Allahu. Sebak rasanya. Untung sangat arwah sebab meninggal hari Saiyyidul Ayyam, hari Jumaat. Bukan senang nak pergi hari Jumaat ni. Tapi sepanjang pengurusan jenazah tu aku belajarlah satu benda, cara pemergian kita adalah berdasarkan amalan kita kat dunia. Tapi bukanlah aku nak cakap yang orang jahat pengakhirannya jahat, tapi dalam setandan pisang, tak semuanya busuk (kan?). Aku melihat tangisan waris- warisnya, sama seperti aku kehilangan arwah nenek aku pada masa itu. Hanya Allah Taala sahaja yang tahu macam mana. Bukan itu sahaja, aku melihat hamba Allah yang digari, diberi peluang untuk pulang ke rumah bertemu ahli keluarga, tangisan demi tangisan yang aku dengari. Kasihan sungguh.
Kita rasa kita susah, ada lagi yang susah dari kita.
Allah tidak zalim. Dia sayang kita dengan memberi ujian yang setimpal dengan kita. Kita hanya mampu ikhtiar dan berdoa. Allah bagi petunjuk. Allah tolong kita, sampailah ujian tersebut dapat dilalui. Ujian yang pahit akan diakhiri dengan noktah yang indah. InshaAllah.
Love,
-mXrs-
Comments
Post a Comment
Be GOOD Allah's servant :)